Thursday, 23 June 2016

TADARUS AL-QURAN


Perkataan tadarus telah dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam satu hadis (hadis yang ke-36 dalam hadis 40 susunan Imam an-Nawawi), daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. bersabda : “Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah Allah, mereka membaca Al-Quran dan bertadarus (berdiskusi mengenai isi kandungannya) di kalangan mereka, melainkan perhimpunan mereka itu diturunkan ketenangan daripada Allah, diliputi dengan rahmat-Nya, dikelilingi dengan para Malaikat dan Allah akan mengingati mereka yang ingat kepada-Nya.”
Menurut hadis di atas, baca disebut tilawah, sedangkan tadarus ialah berdiskusi segala isi kandungan Al-Quran, sama ada dari sudut hukum-hakam ilmu tajwid, persoalan ilmu sains meliputi persoalan kejadian manusia, tumbuh-tumbuhan, ilmu alam, ilmu kaji hayat, cakerawala dan berbagai-bagai macam lagi yang perlu diterokai, ayat-ayat syurga dan neraka, ayat-ayat mengenai tentang dosa dan pahala, ayat-ayat motivasi (tazkirah) dan sebagainya yang tidak dapat dihitung dengan sepuluh jari, ia bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Apa yang penting, Ramadhan tahun ini menjadikan kita umat yang suka bertadarus (berdiskusi dan mengkaji) isi-isi kandungan Al-Quran termasuklah memperelok sebutan huruf-huruf Al-Quran dengan mendalami hukum-hukum ilmu tajwid, supaya Ramadhan kali ini benar-benar meninggalkan seribu kenangan berbanding tahun-tahun sebelum ini, sekali gus merubah keadaan diri kita kepada suka membaca, mengkaji serta beramal dengan Al-Quran, mudah-mudahan dengan cara itu kita menjadi umat cemerlang di dunia dan akhirat, Amin.

Friday, 10 June 2016

KELUARGA

           Setiap yang bernyawa pasti menginginkan keluarga melayari kehidupan yang bahagia di dunia mahupun di akhirat kelak. Termasuklah diri saya. Tidak ada seorangpun yang menghendaki keluarganya musnah, tidak ada orang yang ingin rumahtangganya hancur dengan perceraian. Semua orang membayangkan keindahan saat memasuki kehidupan berumah tangga. Saya yakin semua orang pasti setuju dengan ungkapan ayat di atas. Harapan itu ada pada keluarga yang dipenuhi keindahan, diliputi oleh kebahagiaan. Sebuah keluarga yang menghargai potensi, menjunjung tinggi budi pekerti dan menghormati nilai-nilai murni. Sebuah keluarga yang mentaati Allah, mengikuti syariat Nabi Muhammad. Itulah keluarga yang dicari oleh semua orang.
        
          Suami dan isteri dalam keluarga selalu berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab secara adil dan saksama. Tidak boleh ada salah satu pihak yang sakit hati dengan tingkahlaku antara kita. Oleh karena itu, sejak awal hidup berumahtangga, suami dan isteri perlulah menerapkan prinsip keadilan di dalam menunaikan tanggungjawab. Ada tanggungjawab yang sudah ditetapkan oleh ajaran agama, tinggal melaksanakannya dengan baik.
 
 
           Namun untuk tanggungjawab yang tidak diatur oleh agama, suami dan isteri itu sendiri sepatutnya mengambil tanggungjawab masing-masing baik suami mahupun isteri. Suami dan isteri boleh duduk berdua untuk membicarakan tanggungjawab yang boleh mereka laksanakan dalam kehidupan seharian. Apa yang menjadi tanggung jawab isteri dan apa pula yang menjadi tanggung jawab suami. Dengan cara pembahagian seperti ini barulah jalinan hubungan kekeluargaan akan lebih utuh dan mesra. Barulah keluarga sakinah dapat dilahirkan dengan zuriat-zuriat amanah yang Allah telah berikan kepada kita. Jagailah dan semailah dengan sebaik mungkin agar keluarga bahagia dapat dibentuk  melalui nilai-nilai murni yang ditunjuk oleh kita kepada anak-anak.

BENCI


Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan benci dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya.

Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan benci dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang-orang yang membenci ibu bapanya sendiri mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya.

Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya. Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain tanpa ada perasaan benci kepada sesiapapun.

Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi dan membersihkan diri tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua  orang sebelum kita tidur? Mampukah kita untuk melakukan sedemikian.

          Pengalaman secara peribadi saya bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain. Perasaan benci sedikit demi sedikit akan terhapus dari hati kita. In Syaa Allah.

Friday, 3 June 2016

KERJA

        Saya mula berkhidmat dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mulai tahun 2001 hinggalah sekarang. Kalau dihitung sudah 16 tahun saya mendambakan diri saya kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang tercinta. Suruhanjaya Koperasi Malaysia dulunya dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK). Pada tahun 2008, Jabatan Pembangunan Koperasi telah di perbadankan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Saya mula berkhidmat di JPK Cawangan Wilayah Klang/Shah Alam bermula tahun 2001 hingga 2014. Banyak kenangan manis di sini kerana di awal perkhidmatan kami dikehendaki berkursus selama sebulan di Maktab Kerjasama Malaysia dan kini dikenali sebagai Maktab Koperasi Malaysia (MKM). Tahun 2014 saya ditukarkan ke SKM Negeri Selangor sehingga tahun 2006.  

Tahun 2006 saya bertukar ke SKM Wilayah Persekutuan. Menariknya di SKM Cawangan Wilayah Persekutuan ialah kerana pejabatnya betul-betul berada di pusat bandar iaitu di bangunan Pertama Kompleks. Apa lagi, bila tiba hari gaji, saya akan ke SOGO untuk membeli belah. Kesan bekerja di kawasan pusat beli belah ni risikonya duit gaji cepat habis. Apa lagi, suamilah yang akan jadi mangsa. Boleh dikatakan setiap tingkat tu dah hafal harga-harga barangan di SOGO. Namun saya ditukarkan dari SKM Cawangan Wilayah Persekutuan ke SKM Ibu pejabat pada tahun 2012. Saya berkhidmat di Bahagian Promosi dan Pengembangan selama 6 tahun. Banyak ilmu yan diperolehi semasa berkhidmat di bahagian ini kerana banyak melibatkan program-program luar dan bertemu dengan masyarakat.

Pada awal tahun 2016, saya ditukarkan lagi dengan alasan semua pekerja perlu ada multi skilling. Saya ditukarkan ke Bahagian Dasar Dan Perancangan Pembangunan mulai Februari 2016. Saya sudah belajar keseluruhan kerja di Bahagian Dasar dan saya amat berterima kasih kepadaMu Ya Allah SWT kerana masih memberikan saya nafas untuk berkhidmat kepada SKM. Terima kasih SKM.

HOBI

Hobi saya ialah membaca buku dan menonton. Dulu saya bercita-cita nak buat library kecil kat rumah memandangkan banyak buku yang saya beli dan baca. Tapi niat saya untuk membina library kecil tidak kesampaian kerana tiada ruang yang sesuai dirumah. Namun demikian semua buku-buku tu saya sudah dermakan kepada mereka yang berminat dengan buku-buku yang telah menjadi koleksi peribadi saya. Niat saya semoga orang yang seterusnya membaca selepas dari saya akan mendapat manfaat yang berguna dalam kehidupan seharian. Semoga dalam banyak-banyak buku tersebut ada buku yang dapat membantu seseorang untuk membina kehidupan yang lebih baik dan bermakna.

Saya amat meminati rancangan-rancangan TV Korea. Kalau ada masa terluang saya akan menontong “Running Man” ataupun drama korea. Boleh dikatakan setiap drama korea dan siri baru “Running Man” semuanya sudah ditonton. Tanya saja pasal aktor dan aktress Korea, macam dihafal-hafal, semuanya ada didalam ingatan. Hebat kan, ingat kata-kata ibu saya, kalaulah ingatan tu sehebat masa menghafal Al Quran, lagi berbaloi-baloi. Drama Korea yang telah ditonton siap saya beli koleksi cd antaranya I Can Hear Your Voice, The Heirs, Crazy First Love, My Boss My Teacher dan banyak lagi.

Hobi saya tu nampaknya telah diikuti oleh anak-anak saya. Mereka pun mula menunjukkan minat membaca buku walaupun saya tidak memaksa. Kalau saya sibuk mereka akan bercerita kepada saya apa yang mereka baca dan tonton. Hubungan kami menjadi lebih akrab kerana mempunyai hobi yang sama dengan saya. Semoga minat yang sama ini akan menambahkan lagi hubungan kekeluargaan antara saya, suami dan anak-anak.