Friday, 3 June 2016

HOBI

Hobi saya ialah membaca buku dan menonton. Dulu saya bercita-cita nak buat library kecil kat rumah memandangkan banyak buku yang saya beli dan baca. Tapi niat saya untuk membina library kecil tidak kesampaian kerana tiada ruang yang sesuai dirumah. Namun demikian semua buku-buku tu saya sudah dermakan kepada mereka yang berminat dengan buku-buku yang telah menjadi koleksi peribadi saya. Niat saya semoga orang yang seterusnya membaca selepas dari saya akan mendapat manfaat yang berguna dalam kehidupan seharian. Semoga dalam banyak-banyak buku tersebut ada buku yang dapat membantu seseorang untuk membina kehidupan yang lebih baik dan bermakna.

Saya amat meminati rancangan-rancangan TV Korea. Kalau ada masa terluang saya akan menontong “Running Man” ataupun drama korea. Boleh dikatakan setiap drama korea dan siri baru “Running Man” semuanya sudah ditonton. Tanya saja pasal aktor dan aktress Korea, macam dihafal-hafal, semuanya ada didalam ingatan. Hebat kan, ingat kata-kata ibu saya, kalaulah ingatan tu sehebat masa menghafal Al Quran, lagi berbaloi-baloi. Drama Korea yang telah ditonton siap saya beli koleksi cd antaranya I Can Hear Your Voice, The Heirs, Crazy First Love, My Boss My Teacher dan banyak lagi.

Hobi saya tu nampaknya telah diikuti oleh anak-anak saya. Mereka pun mula menunjukkan minat membaca buku walaupun saya tidak memaksa. Kalau saya sibuk mereka akan bercerita kepada saya apa yang mereka baca dan tonton. Hubungan kami menjadi lebih akrab kerana mempunyai hobi yang sama dengan saya. Semoga minat yang sama ini akan menambahkan lagi hubungan kekeluargaan antara saya, suami dan anak-anak.

No comments:

Post a Comment