Friday, 3 June 2016

KERJA

        Saya mula berkhidmat dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mulai tahun 2001 hinggalah sekarang. Kalau dihitung sudah 16 tahun saya mendambakan diri saya kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang tercinta. Suruhanjaya Koperasi Malaysia dulunya dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK). Pada tahun 2008, Jabatan Pembangunan Koperasi telah di perbadankan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Saya mula berkhidmat di JPK Cawangan Wilayah Klang/Shah Alam bermula tahun 2001 hingga 2014. Banyak kenangan manis di sini kerana di awal perkhidmatan kami dikehendaki berkursus selama sebulan di Maktab Kerjasama Malaysia dan kini dikenali sebagai Maktab Koperasi Malaysia (MKM). Tahun 2014 saya ditukarkan ke SKM Negeri Selangor sehingga tahun 2006.  

Tahun 2006 saya bertukar ke SKM Wilayah Persekutuan. Menariknya di SKM Cawangan Wilayah Persekutuan ialah kerana pejabatnya betul-betul berada di pusat bandar iaitu di bangunan Pertama Kompleks. Apa lagi, bila tiba hari gaji, saya akan ke SOGO untuk membeli belah. Kesan bekerja di kawasan pusat beli belah ni risikonya duit gaji cepat habis. Apa lagi, suamilah yang akan jadi mangsa. Boleh dikatakan setiap tingkat tu dah hafal harga-harga barangan di SOGO. Namun saya ditukarkan dari SKM Cawangan Wilayah Persekutuan ke SKM Ibu pejabat pada tahun 2012. Saya berkhidmat di Bahagian Promosi dan Pengembangan selama 6 tahun. Banyak ilmu yan diperolehi semasa berkhidmat di bahagian ini kerana banyak melibatkan program-program luar dan bertemu dengan masyarakat.

Pada awal tahun 2016, saya ditukarkan lagi dengan alasan semua pekerja perlu ada multi skilling. Saya ditukarkan ke Bahagian Dasar Dan Perancangan Pembangunan mulai Februari 2016. Saya sudah belajar keseluruhan kerja di Bahagian Dasar dan saya amat berterima kasih kepadaMu Ya Allah SWT kerana masih memberikan saya nafas untuk berkhidmat kepada SKM. Terima kasih SKM.

No comments:

Post a Comment