Thursday, 26 May 2016

Ramadhan

25 Mei 2016 Organisasiku telah menjemput penceramah hebat hadir untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk "Kekuatan Ramadhan Membentuk Jihad". Penceramah jemputan pada kali ini bukan calang-calang orang kerana beliau merupakan seorang yang amat disegani iaitu Sohibul Samahah YBhg. Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan. 

Selama 1 jam beliau mengupas mengenai kekuatan Ramadhan membentuk jihad umat Islam di seluruh dunia. Antara intipati yang dapat saya rumuskan disini ialah Bulan Ramadhan penghulu segala bulan. Dalam bulan Ramadhan mengandungi Lailatul Qadar yang martabatnya lebih baik daripada seribu bulan yang lain. Orang mukmin dalam bulan Ramadhan dapat memperbaiki urusan agamanya dan dunianya kerana dalam bulan Ramadhan terdapat masa di mana doa dimakbulkan. Puasa mempunyai banyak fadhilat, sama ada kepada yang berpuasa atau kepada yang lain.ini kerana mereka yang mempunyai keimanan yang kental sahaja mampu melakukan amalan puasa, sebaliknya mereka yang goyah imannya amat sukar untuk melaksanakan ibadah puasa. Justeru iru sewajarnya bagi umat Islam mengambil semangat Ramadhan yang mulia ini untuk meraih kemenangan sama ada menentang hawa nafsu atau benar-benar menjadi hamba Allah SWT yang soleh dan solehah. 

Banyak soalan-soalan yang diutarakan kepada beliau semuanya berkisar kepada Ramadhan. Tetapi masa amatlah mencemburui kerana masih lagi mahu mendengar ceramah dari beliau. Semoga ilmu yang diterima pada hari ini dapat dicurahkan pula kepada anak-anakku yang tercinta. Selesai program sempat juga mendapatkan beberapa buah buku yang ditulis oleh Sohibul Samahah YBhg. Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.


No comments:

Post a Comment