Thursday, 26 May 2016

Ramadhan

25 Mei 2016 Organisasiku telah menjemput penceramah hebat hadir untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk "Kekuatan Ramadhan Membentuk Jihad". Penceramah jemputan pada kali ini bukan calang-calang orang kerana beliau merupakan seorang yang amat disegani iaitu Sohibul Samahah YBhg. Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan. 

Selama 1 jam beliau mengupas mengenai kekuatan Ramadhan membentuk jihad umat Islam di seluruh dunia. Antara intipati yang dapat saya rumuskan disini ialah Bulan Ramadhan penghulu segala bulan. Dalam bulan Ramadhan mengandungi Lailatul Qadar yang martabatnya lebih baik daripada seribu bulan yang lain. Orang mukmin dalam bulan Ramadhan dapat memperbaiki urusan agamanya dan dunianya kerana dalam bulan Ramadhan terdapat masa di mana doa dimakbulkan. Puasa mempunyai banyak fadhilat, sama ada kepada yang berpuasa atau kepada yang lain.ini kerana mereka yang mempunyai keimanan yang kental sahaja mampu melakukan amalan puasa, sebaliknya mereka yang goyah imannya amat sukar untuk melaksanakan ibadah puasa. Justeru iru sewajarnya bagi umat Islam mengambil semangat Ramadhan yang mulia ini untuk meraih kemenangan sama ada menentang hawa nafsu atau benar-benar menjadi hamba Allah SWT yang soleh dan solehah. 

Banyak soalan-soalan yang diutarakan kepada beliau semuanya berkisar kepada Ramadhan. Tetapi masa amatlah mencemburui kerana masih lagi mahu mendengar ceramah dari beliau. Semoga ilmu yang diterima pada hari ini dapat dicurahkan pula kepada anak-anakku yang tercinta. Selesai program sempat juga mendapatkan beberapa buah buku yang ditulis oleh Sohibul Samahah YBhg. Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.


Monday, 23 May 2016

Teknologi

          Penggunaan teknologi moden dalam proses kerja adalah satu langkah yang  penting bagi    meningkatkan    produktiviti     selaras   dengan   Teras   Strategik  II - Memantapkan Keupayaan   dan    Kebolehan   Koperasi   (DKN  2011-2020).  Teknologi     bukan   sahaja merujuk   kepada  mesin- mesin   atau   peralatan elektronik  seperti    komputer, mesin taip elektrik  atau  mesin faksimili  tetapi juga  merangkumi pengetahuan  dan  kaedah - kaedah bekerja yang saintifik.

Melalui penggunaan teknologi, sesetengah proses kerja dapat diautomasi atau dimekanisasikan. Dengan cara ini kerja-kerja dapat dijalankan dengan cepat, murah, di samping meningkatkan kualitinya. Selain daripada itu, sesetengah kerja yang dahulunya dijalankan oleh manusia secara manual, boleh diambilalih oleh mesin. Ini akan membantu mengatasi masalah kecacatan output yang disebabkan oleh kecuaian atau kelemahan manusia. Sebagai strategi meningkatkan produktiviti, jabatan/pejabat/koperasi hendaklah mengkaji kesesuaian untuk mengautomasi atau memekanisasi proses-proses kerja yang mereka jalankan.

Program mekanisasi boleh ditumpukan kepada kerja-kerja yang bercorak pemprosesan dan rutin seperti penyediaan bil, resit kutipan hasil, penyediaan surat notis atau pengeluaran borang-borang rasmi yang seragam. Kerja-kerja seperti ini sesuai dilakukan oleh mesin kerana tidak melibatkan keputusan-keputusan pengurusan yang penting. Program automasi pula, khususnya yang berasaskan komputer, boleh ditumpukan kepada pengendalian sistem maklumat. Ini termasuk sistem maklumat bagi tujuan pengurusan, perancangan, kawalan kewangan, penyelenggaraan inventori dan  sebagainya.

Justeru, kriteria-kriteria penggunaan teknologi moden dalam meningkatkan produktiviti dan keberkesanan selaras dengan Teras Strategik II: Memantapkan Keupayaan Dan Kebolehan Koperasi (DKN 2011-2020) adalah seperti berikut:
  •  Pengunaan teknologi moden/mesin  mengendalikan aktiviti/projek koperasi contohnya dalam menghasilkan produk keluaran koperasi seperti minuman dan makanan termasuk pembungkusan (packaging);
  •  Sistem pengurusan seperti pembiayaan, Ar-Rahnu dan operasi perniagaan (Point of Sales); dan  
  • Sistem pengurusan rekod perakaunan dan rekod-rekod lain serta berupaya menjana akaun pengurusan atau deraf penyata kewangan.

Movie/Filem

Sebut sahaja perkataan movie, terlintas difikiran kita pawagam yang mempunyai screen besar dengan sound effect yang begitu mengagumkan. Tahun 2016 banyak filem-filem baru yang mendominasi pawagam-pawagam tanahair. Antara filem yang mendapat tempat dihati penggemar movie di Malaysia seperti Dilwale, Munafik dan Captain Amerika: Sivil War. Hati sentiasa berbicara nak menonton semua movie tu di pawagam, tapi kekangan masa membataskan jua.

Namun untuk tidak ketinggalan terhadap minat menonton wayang ni, tanggal 9 Mei 2016 yang lalu, saya dan keluarga telah pergi ke Wangsa Walk Wangsa Maju untuk menonton Captain Amerika: Sivil War.

Jam 8.00 malam bermula cerita yang menjadi bualan hangat bermula dari yang kecil hinggalah ke warga emas. So, kami memang mendapatkan tiket sederet dengan membawa shawl dan jaket masing-masing kerana tahap suhu dalam pawagan almaklumlah kan sejuknya tahap beku. Apa yang boleh diceritakan pada umum daripada tontotan ini. Saya sediakan sedikit sinopsis untuk kawan-kawan dan teman-teman yang akan menontonnya nanti.

Sinopsis Captain America: Civil War (2016) 


Steve Rogers (Kapten Amerika) mengambil alih memimpin pasukan baru Avengers, dia berusaha untuk terus menjaga manusia dengan melalui Avengers. Selang beberapa waktu setelah insiden international yang melibatkan Avengers dan menyebabkan kehancuran dan kemusnahan, tekanan politik yang menuntut super hero memasang sistem kepertanggungjawaban dan badan yang menentukan masa apabila mereka diperlukan. Dengan status tersebut mungkin akan menghalang Avengers yang tengah berusaha untuk melindungi dunia dan menjaga keamananan dunia sejagat.

Di sisi lain Tony Stark (Iron Man) menentang keputusan yang diambil oleh Steve Rogers atau Captain Amerika (Chris Evans). Pertarungan tersebut di sebabkan kerana adanya perselisihan faham dan undang-undang yang di berikan kepada superhero untuk orang yang mempunyai kemampuan luar biasa supaya mengungkapkan identiti mereka kepada pemerintah Amerika Syarikat. Dari situlah perselisihan faham antara mereka berdua berlaku, kerana Tony Stark (Iron Man) mempersetujui program dari pemerintah AS, sedangkan Captain Amerika (Chris Evans) tidak bersetuju kerana mengancam kebebasan  superhero tersebut.

Selamat Menonton.

Selesai menonton kami menikmati makan malam di Wangsa Walk.

Makanan

Sebut sahaja perkataan makanan, negara kita merupakan syurga makanan yang mempunyai 1001 jenis makanan yang digemari masyarakat Malaysia dan antarabangsa. Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya. Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan yang sungguh enak.

Makanan merupakan salah satu perkara yang dapat menyatukan rakyat Malaysia menjadi 1Malaysia. Bermula dengan nasi lemak antarabangsa, sate kajang, roti canai, nasi kandar, laksa dan bermacam-macam lagi makanan yang menjadikan negara kita terkenal di seluruh dunia.

Hari ni saya nak bercerita pasal makanan kegemaran saya. Saya dilahirkan di negeri Terengganu. Negeri cantik budaya menarik. Saya nak syer dengan semua makanan kegemaran saya tentulah nasi dagang Terangganu. Sebut jer menu ini tentu terlintas di fikiran semua bahawa ia sedap, lazat dan mempersonakan. Kita jenguk menunya dulu sebelum makan ya:

Bahan untuk nasi
  •    4 cawan beras
  •    1 cawan beras pulut
  •    3 cawan santan cair
  •    1 ½ cawan santan pekat
  •    1 ½ cawan air
  •    Sedikit halba
  •    ½ sudu garam
  •    1 sudu kecil gula
  •    1½  cawan santan pekat
  •    1 sudu kecil garam
  •    1 sudu halba
  •    2 ulas bawang merah
  •  ½ inci halia
           Bahan untuk gulai 
  •    2 ekor ikan tongkol
  •    1 sudu ketumbar biji
  •    ½ sudu jintan manis
  •    ½ sudu jintan putih
  •    2 hiris lengkuas
  •    1 hiris halia
  •    1 biji bawang besar
  •    3 ulas bawang putih
  •    3 sudu cili mesin
  •    1 paket rempah
  •    1½ liter santan
  •     kulit kayu manis
  •    1 sudu kerisik
  •    4 keping asam keping
  •    ½ buku kecil gula melaka
  •    10 biji cili padi
       Bahan untuk acar timun
  •   2 biji timun
  •    2 biji carrot
  •    6 biji cili merah
  •    10 biji bawang
  •    1 sudu gula,
  •    1 sudu garam
  •    1 sudu cuka
Cara memasak Nasi
  •    Beras & beras pulut di rendam 4 jam
  •    Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit
  •    Angkat nasi ke dalam bekas gaulkan dgn separuh dulu santan cair
  •    Kaup balikkan dgn rata, biar seketika hingga semua air meresap
  •    Tambahkan lagi dan lihat jika semua air telah meresap
  •    Tunggu sebentar dan kalau perlu habiskan santan cair tersebut
  •    Kukus semula selama 20 minit lagi
  •    Sementara itu hiris bawang dan halia
  •    Masukkan di atas nasi dlm kukusan
  •    Angkat nasi untuk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat
  •   Boleh dihidang
Cara penyediaan Gulai
  •    Santan di masak hingga naik minyak
  •    Dalam periuk lain, ikan di rebus dgn sedikit air dan ditambah
  •    asam keping lebih kurang 10 minit
  •    Bila santan dah tinggal separuh, tambahkan bahan lain
  •    Biarkan mendidih, masukkan air rebusan ikan sekali
  •    Masukkan ikan dan cili padi
  •    Masak sebentar dan boleh dihidang
Cara Buat Acar

  •  Potong timun, carrot, bawang dan cili
  •  Gaul sebati semua bahan dan dihidang

Wednesday, 18 May 2016

Desicion Making/Membuat Keputusan

Sebagian dari kita mempunyai keinginan yang terlalu tinggi dan ahirnya tidak mampu merealisasikannya dan sebahagian yang lain tidak mahu mengambil risiko dan menerima sahaja apa yang ada, sebahagian yang lain hanya berjalan tanpa ada tujuan pasti. 

Kita dihadapkan dengan permainan membuat keputusan atau “decision making” setiap hari. Segala sesuatu yang kita katakan dan lakukan adalah hasil dari keputusan yang kita “finalise” secara sedar atau tidak. 

Setiap pilihan yang besar ataupun yang kecil, tidak ada rumus mudah untuk membuat keputusan yang tepat. Kadang-kadang orang lain lebih dapat menawarkan idea yang paling kreatif kerana kita sudah tidak dapat memberikan keputusan yang terbaik. Bayangkan keputusan mana yang paling membanggakan. 

Membuat keputusan terbaik bukanlah bererti kita tidak pernah melakukan kesalahan, tetapi keputusan terbaik adalah kita berani menanggung risiko terhadap keputusan yang telah diambil. Selalunya keputusan yang diambil adalah yang paling tepat bergantung kepada keadaan dan siatuasi pada masa itu. 

Namun demikian, keputusan yang diambil biasanya kearah yang lebih baik bergantung juga kepada hasilnya.

Jodoh

Setiap lelaki dan perempuan yang hendak menempuh perkawinan harus mempelajari ciri yang baik untuk menjadi pasangannya menurut ketentuan Islam. Mereka akan dapat memilih dan menentukan mana calon yang baik dan mana calon yang tidak baik bagi dirinya. Dengan memiliki gambaran yang pasti seperti digariskan oleh Islam, In Syaa Allah kehidupan suami isteri akan mencapai sasaran dan matlamat yang dikehendaki Allah SWT

Sebelum mengambil keputusan memilih atau menerima calon isteri atau calon suami, kita hendaklah melakukan solat istikharah. In syaa Allah, dengan langkah ini akan memberi kemudahan dalam menentukan pilihan dan hidup kita diliputi kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Pasangan yang dipilih pula perlulah mempunyai perasaan yang sama dengan kita barulah sinar bahagia akan muncul di alam perkahwinan nanti. 

Cabaran  sebelum dan selepas mendirikan rumah tangga biasanya akan berlaku sekiranya kedua-dua belah pihak tidak mempunyai keserasian. Sebagai wanita biasa, saya juga mempunyai jodoh yang baik dan sangat bahagia dengan perkahwinan yang telah dibina 18 tahun lalu. Semoga Allah sentiasa merahmati perkahwinan kami kekal bahagia hingga ke Jannah. 

Thursday, 12 May 2016

Rundingan

Apakah yang dimaksudkan dengan perundingan? Ia merujuk kepada satu kaedah penyelesaian konflik diantara dua pihak, dalam apa jua konflik yang wujud. Tujuan perundingan dibuat ialah untuk mencari formula terbaik dalam proses membuat keputusan bersama terhadap sesuatu konflik. Sesuatu rundingan akan mencapai kejayaan sekiranya kedua-dua pihak yang berunding mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam membuat sesuatu rundingan. 

Di meja perundingan pula, teknik mematah hujah amat perlukan kemahiran yang tinggi untuk mencapai kata sepakat. Kemahiran mendengar dengan baik amat diperlukan bagi mengelakkan sesi perundingan mencapai kegagalan. Penggunaan bahasa badan juga akan meningkatkan lagi tahap kejayaan sesuatu rundingan. 

Dalam mencapai kata sepakat, teknik memetik dan memberikan ruang/peluang kepada pihak lawan memberikan hujah juga amat perlu sebagai pelengkap kepada sesi percambahan idea dalam membuat rundingan. Rundingan akan menemui kejayaan jika kedua belah pihak bersetuju dengan apa jua keputusan dengan bersedia untuk memberikan komitmen sehingga wujudnya “win win situation”.


Pada 10 Mei 2016 Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Bil.1/2016 telah diadakan di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur. Mesyuarat ini di adakan bertujuan untuk mencapai kata sepakat antara pihak kerajaan dengan sektor koperasi mengenai isu-isu yang timbul dalam gerakan koperasi. Majlis tersebut telah berjaya diadakan dengan sempurnanya. Sayalah antara sekretariat yang telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut. Terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan.



Wednesday, 11 May 2016

Cuti

Hari ni saya nak cerita pasal cuti. Sebut saja perkataan cuti, siapa yang tak sukakan. Apabila sebut jer pasal cuti mesti anak-anaklah cukup gembira. Apa tidaknya mereka yang jadualkan cuti ni nak pergi mana-mana yang mereka suka. Kami buat keputusan untuk ke Korea kerana dari tahun 2014 lagi anak saya nak ke sana tapi tidak kesampaian kerana saya dan suami sangat sibuk dengan kerja. 


Cerita pasal cuti ni nak story sikit masa cuti sekolah akhir tahun 2015 yang lalu. Kami sekeluarga bercuti ke Korea Selatan. Memanglah pengalaman yang sangat mengembirakan kerana little princess sangat-sangat meminati apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Korea. Sebut saja dari drama, filem, artis dan yang paling penting “Running Man”. Setiap episod mesti ditonton. 



10 hari kami habiskan masa cuti kami di Korea, menjelajah tempat-tempat yang telah dikenalpasti untuk dilawati. Kami bercuti tidak menggunakan travel guide, hanya melalui pembacaan dan pertolongan pakcik google sahaja. Misi kami selama 10 hari bercuti di Korea terlaksana kerana saya dapat memuaskan hati semua ahli keluarga.