Thursday, 12 May 2016

Rundingan

Apakah yang dimaksudkan dengan perundingan? Ia merujuk kepada satu kaedah penyelesaian konflik diantara dua pihak, dalam apa jua konflik yang wujud. Tujuan perundingan dibuat ialah untuk mencari formula terbaik dalam proses membuat keputusan bersama terhadap sesuatu konflik. Sesuatu rundingan akan mencapai kejayaan sekiranya kedua-dua pihak yang berunding mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam membuat sesuatu rundingan. 

Di meja perundingan pula, teknik mematah hujah amat perlukan kemahiran yang tinggi untuk mencapai kata sepakat. Kemahiran mendengar dengan baik amat diperlukan bagi mengelakkan sesi perundingan mencapai kegagalan. Penggunaan bahasa badan juga akan meningkatkan lagi tahap kejayaan sesuatu rundingan. 

Dalam mencapai kata sepakat, teknik memetik dan memberikan ruang/peluang kepada pihak lawan memberikan hujah juga amat perlu sebagai pelengkap kepada sesi percambahan idea dalam membuat rundingan. Rundingan akan menemui kejayaan jika kedua belah pihak bersetuju dengan apa jua keputusan dengan bersedia untuk memberikan komitmen sehingga wujudnya “win win situation”.


Pada 10 Mei 2016 Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Bil.1/2016 telah diadakan di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur. Mesyuarat ini di adakan bertujuan untuk mencapai kata sepakat antara pihak kerajaan dengan sektor koperasi mengenai isu-isu yang timbul dalam gerakan koperasi. Majlis tersebut telah berjaya diadakan dengan sempurnanya. Sayalah antara sekretariat yang telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut. Terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan.



No comments:

Post a Comment