Monday, 23 May 2016

Teknologi

          Penggunaan teknologi moden dalam proses kerja adalah satu langkah yang  penting bagi    meningkatkan    produktiviti     selaras   dengan   Teras   Strategik  II - Memantapkan Keupayaan   dan    Kebolehan   Koperasi   (DKN  2011-2020).  Teknologi     bukan   sahaja merujuk   kepada  mesin- mesin   atau   peralatan elektronik  seperti    komputer, mesin taip elektrik  atau  mesin faksimili  tetapi juga  merangkumi pengetahuan  dan  kaedah - kaedah bekerja yang saintifik.

Melalui penggunaan teknologi, sesetengah proses kerja dapat diautomasi atau dimekanisasikan. Dengan cara ini kerja-kerja dapat dijalankan dengan cepat, murah, di samping meningkatkan kualitinya. Selain daripada itu, sesetengah kerja yang dahulunya dijalankan oleh manusia secara manual, boleh diambilalih oleh mesin. Ini akan membantu mengatasi masalah kecacatan output yang disebabkan oleh kecuaian atau kelemahan manusia. Sebagai strategi meningkatkan produktiviti, jabatan/pejabat/koperasi hendaklah mengkaji kesesuaian untuk mengautomasi atau memekanisasi proses-proses kerja yang mereka jalankan.

Program mekanisasi boleh ditumpukan kepada kerja-kerja yang bercorak pemprosesan dan rutin seperti penyediaan bil, resit kutipan hasil, penyediaan surat notis atau pengeluaran borang-borang rasmi yang seragam. Kerja-kerja seperti ini sesuai dilakukan oleh mesin kerana tidak melibatkan keputusan-keputusan pengurusan yang penting. Program automasi pula, khususnya yang berasaskan komputer, boleh ditumpukan kepada pengendalian sistem maklumat. Ini termasuk sistem maklumat bagi tujuan pengurusan, perancangan, kawalan kewangan, penyelenggaraan inventori dan  sebagainya.

Justeru, kriteria-kriteria penggunaan teknologi moden dalam meningkatkan produktiviti dan keberkesanan selaras dengan Teras Strategik II: Memantapkan Keupayaan Dan Kebolehan Koperasi (DKN 2011-2020) adalah seperti berikut:
  •  Pengunaan teknologi moden/mesin  mengendalikan aktiviti/projek koperasi contohnya dalam menghasilkan produk keluaran koperasi seperti minuman dan makanan termasuk pembungkusan (packaging);
  •  Sistem pengurusan seperti pembiayaan, Ar-Rahnu dan operasi perniagaan (Point of Sales); dan  
  • Sistem pengurusan rekod perakaunan dan rekod-rekod lain serta berupaya menjana akaun pengurusan atau deraf penyata kewangan.

No comments:

Post a Comment