Hari ni saya nak cerita pasal cuti. Sebut saja perkataan
cuti, siapa yang tak sukakan. Apabila sebut jer pasal cuti mesti anak-anaklah
cukup gembira. Apa tidaknya mereka yang jadualkan cuti ni nak pergi mana-mana
yang mereka suka. Kami buat keputusan untuk ke Korea kerana dari tahun 2014
lagi anak saya nak ke sana tapi tidak kesampaian kerana saya dan suami sangat
sibuk dengan kerja.
Cerita pasal cuti ni nak story sikit masa cuti sekolah
akhir tahun 2015 yang lalu. Kami sekeluarga bercuti ke Korea Selatan. Memanglah
pengalaman yang sangat mengembirakan kerana little princess sangat-sangat
meminati apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Korea. Sebut saja dari drama,
filem, artis dan yang paling penting “Running Man”. Setiap episod mesti
ditonton.
10 hari kami habiskan masa cuti kami di Korea, menjelajah
tempat-tempat yang telah dikenalpasti untuk dilawati. Kami bercuti tidak
menggunakan travel guide, hanya melalui pembacaan dan pertolongan pakcik google
sahaja. Misi kami selama 10 hari bercuti di Korea terlaksana kerana saya dapat
memuaskan hati semua ahli keluarga.
No comments:
Post a Comment