Sebut sahaja
perkataan movie, terlintas difikiran kita pawagam yang mempunyai screen besar
dengan sound effect yang begitu mengagumkan. Tahun 2016 banyak filem-filem
baru yang mendominasi pawagam-pawagam tanahair. Antara filem yang mendapat
tempat dihati penggemar movie di Malaysia seperti Dilwale, Munafik dan Captain
Amerika: Sivil War. Hati sentiasa berbicara nak menonton semua movie tu di
pawagam, tapi kekangan masa membataskan jua.
Namun untuk
tidak ketinggalan terhadap minat menonton wayang ni, tanggal 9 Mei 2016 yang
lalu, saya dan keluarga telah pergi ke Wangsa Walk Wangsa Maju untuk menonton
Captain Amerika: Sivil War.
Jam 8.00 malam
bermula cerita yang menjadi bualan hangat bermula dari yang kecil hinggalah ke warga emas. So, kami memang mendapatkan tiket sederet dengan
membawa shawl dan jaket masing-masing kerana tahap suhu dalam pawagan
almaklumlah kan sejuknya tahap beku. Apa yang boleh diceritakan pada umum
daripada tontotan ini. Saya sediakan sedikit sinopsis untuk kawan-kawan dan teman-teman
yang akan menontonnya nanti.
Sinopsis Captain America:
Civil War (2016)
Steve Rogers (Kapten Amerika) mengambil alih memimpin pasukan baru Avengers, dia
berusaha untuk terus menjaga manusia dengan melalui Avengers. Selang beberapa waktu
setelah insiden international yang melibatkan Avengers dan menyebabkan kehancuran dan kemusnahan, tekanan politik yang menuntut
super hero memasang sistem kepertanggungjawaban dan badan yang menentukan
masa apabila mereka diperlukan. Dengan status tersebut mungkin akan menghalang
Avengers yang tengah berusaha untuk melindungi dunia dan menjaga keamananan
dunia sejagat.
Di sisi lain Tony Stark (Iron Man) menentang keputusan yang diambil oleh Steve
Rogers atau Captain Amerika (Chris Evans). Pertarungan tersebut di sebabkan
kerana adanya perselisihan faham dan undang-undang yang di berikan kepada superhero
untuk orang yang mempunyai kemampuan luar biasa supaya mengungkapkan identiti mereka
kepada pemerintah Amerika Syarikat. Dari situlah perselisihan faham antara mereka berdua berlaku, kerana Tony Stark (Iron Man) mempersetujui program dari
pemerintah AS, sedangkan Captain Amerika (Chris Evans) tidak bersetuju kerana
mengancam kebebasan superhero tersebut.
Selamat Menonton.
Selesai
menonton kami menikmati makan malam di Wangsa Walk.
No comments:
Post a Comment